Assalamualaikum w.b.t.
Warga A.M.S CONSULTANTS ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU MASIHI, 2010 kepada semua pengunjung di laman sesawang (blog) ini!
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih daripada kami untuk semua klien yang sangat dikasihi, seterusnya kepada rakan seperjuangan di:-
- Sterling Consultants
- K.A.S Consultants
- Atrium Consultants
- Semua agensi di bawah naungan Sterling Consultants
Salam kasih dan hormat daripada kami di A.M.S CONSULTANTS
Mohammad Hafiz Abdul Latiff
Agency Supervisor
01-01-2010 / 15 Muharam 1431H
Taiping, Perak.
Assalamualaikum w.b.t.
Sedar tidak sedar, kita sudah sampai ke penghujung tahun 2009. Hari ini adalah hari terakhir untuk mengukir sejarah bagi tahun ini. Saya pasti ramai di kalangan kita akan memahat setiap kenangan dalam kantung ingatan masing-masing, kan?
Alhamdulillah, A.M.S CONSULTANTS berjaya mengharungi dugaan dan cabaran sepanjang tahun 2009. Ya, kami baru sahaja bertatih di dalam bidang ini. Kepada semua mentor, sekiranya ada salah silap, harap dimaafkan dan sudi-sudilah memberi tunjuk ajar kepada kami yang masih hijau ini.
2010 menanti dengan penuh debaran, keujaan dan kejayaan demi kejayaan yang akan diraih, insya-Allah. Pastinya, saya selaku pengasas A.M.S CONSULTANTS mengharapkan yang terbaik untuk tahun-tahun mendatang. Strategi dan perancangan perlu dilaksanakan dengan sebaiknya agar menjamin kualiti dan kredibiliti agensi.
Walau apapun yang menghalang, mari kita rempuh bersama! Ingat, BERSAMA!
Anda sudah bersedia untuk tahun 2010? Pastikan anda cukup bersedia kerana anda akan bertemu dengan saya dalam detik masa yang akan membuatkan anda semua teruja! Tunggu...!!!
Mohammad Hafiz Abdul Latiff
Agency Supervisor
31-12-2009 / 14 Muharam 1431H
Taiping, Perak.
Assalamualaikum w.b.t.
Apa khabar kalian hari ini?
Topik hari ini adalah sangat berkait rapat dengan kerjaya saya sekarang...
Anda tahu perkataan SABAR?
Seseorang pernah berpesan kepada saya; "Mintalah sesuatu dengan sabar dan bersolat"
Ya, kerjaya macam saya, macam anda juga, terutamanya yang menyentuh soal menjaga atau menguruskan pelanggan, yang berkaitan dengan jualan dan pemasaran, anda perlu banyakkan BERSABAR.
"NO BIG SALES WITHOUT BIG CHALLENGES..."
Setiap dari kita ada bahagian ujian yang telah ditetapkan oleh-Nya... Anda hanya perlu bersabar dan terus berusaha memantapkan diri... Jangan pernah mengaku kalah. Jangan pernah berputus asa.
Satu lagi yang saya rasa penting untuk dikongsi bersama dengan kalian. Nilai ISTIQAMAH. Apa juga yang kita lakukan, istiqamahlah... Berjuang tanpa henti. Istiqamah perlu disertakan dengan keyakinan diri yang tinggi dan percaya kepada Allah s.w.t.
Jadi, untuk kali ini, mari kita banyak-banyak bersabar dan istiqamah dengan apa yang kita perjuangkan!
Mohammad Hafiz Abdul Latiff
Agency Supervisor
28-10-2009
Taiping, Perak.
Assalamualaikum w.b.t.
Apa khabar kalian?
Saya mohon maaf kerana lama membiarkan laman ini sepi tanpa entri-entri terkini. Komitmen mengikat diri dari ingin selalu mengutarakan pendapat di sini. Walau apapun, terima kasih sekiranya masih sudi mengikuti laman kecil saya ini.
Kejayaan yang dikecapi bukannya mudah untuk diperolehi. Kejayaan tidak datang dengan sendirinya. Ia tidak akan bergolek, malah tidak akan terbang melayang ke arah kita begitu sahaja.
Saya teringat kisah tiga orang peluncur air. Di sini, saya turunkan keseluruhan kisah itu sebagai analogi kepada entri saya kali ini.
1) Peluncur pertama: Hanya memerhati peluncur-peluncur lain beraksi dari persisir pantai.
2) Peluncur kedua: Masuk ke dalam air, tetapi hanya mengocak air di tepi pantai semata-mata. Tidak ingin menempuh ombak menggila.
3) Peluncur ketiga : Masuk ke dalam air, berenang ke arah ombak dengan papan peluncur seterusnya menikmati keseronokan beraksi di sebalik ombak-ombak tersebut. Penuh bergaya dan menawan hati sesiapa sahaja. Berani!
Begitu juga dengan kejayaan. Kita tentukan kita berada di mana. Sama ada kita ingin memerhati, atau setelah melangkah tetapi mengundur semula, atau kita berani melangkah terus tanpa menoleh lagi ke belakang dengan penuh berani.
Ingat, kejayaan tidak datang dengan sendirinya. Cipta kejayaan dan nikmati hidup dengan keseronokan-keseronokan yang tidak terjangkakan!
Mohammad Hafiz Abdul Latiff
Agency Supervisor
21-10-2009

Ahad lalu (17/05/2009), syarikat unit amanah terbesar dan no. 1* di Malaysia telah mengadakan Majlis Malam Pengiktirafan dan Penganugerahan Tahunan bagi tahun 2009. Sterling Consultants merupakan agensi yang paling banyak memenangi anugerah pada malam tersebut. Kami merangkul anugerah untuk setiap kategori iaitu kategori Agency Supervisor, Agency Manager dan Group Agency Manager.
Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan kekuatan semangat berkerjasama dalam agensi telah membantu untuk menjadikan agensi kami sebagai agensi paling banyak memenangi anugerah untuk setiap tahun sejak dari tahun 2004 lagi. Tahniah Sterling Consultants!
Mohammad Hafiz Abdul Latiff
Agency Supervisor
19-05-2009
Bangsar, KL.
"Part of being a champ is ACTING like a champ. You have to LEARN how to win and NOT RUN AWAY when you lose. Everyone has bad stretches and real successes. Either way, you have to be careful not to lose your confidence or get too confident."
- Nancy Kerrigan.
Mohammad Hafiz Abdul Latiff
Agency Supervisor
12-05-2009
Bangsar, KL.
- Nancy Kerrigan.
Mohammad Hafiz Abdul Latiff
Agency Supervisor
12-05-2009
Bangsar, KL.